Sunday, 19 May 2013

Memilih Saham Syarikat

Memilih Saham Syarikat

Semasa kerja memilih saham syarikat mana yg hendah dipilih... kita perlu tahu dan kenal siapa diri kita sebenarnya. Berapa target kita hendak untung... berapa kita sanggup rugi atau berapa lama kita sanggup menunggu sekiranya satu-satu saham itu jatuh. Dalam hal ini sy sentiasa memilih untuk melabur berasaskan berapa modal yg mampu saya bayar... dengan strategi pelaburan jangka pendek (jika boleh kontra) dengan backup jangka sederhana. Dengan kata lain saya membeli utk untung cepat tetapi sekiranya tidak mencapai matlamat pertama, matlamat kedua adalah dlm masa 6 bulan atau paling cepat. Ini memerlukan perancangan dan kajian yg menyeluruh. Dengan cara ini kerugian dapat diminimumkan.

Nota: Bukanlah satu MAKALAH/RUJUKAN profesional


Nota. Diari ini bukanlah satu MAKALAH/RUJUKAN profesional yg sentiasa dipaparkan oleh sifu2 saham yang semuanya hebat di luar sana. Mereka hadir dgn bermacam2 teknik dan tips. Perkongsian dlm page ini adalah titipan pengalaman sy kutip dlm pasaran saham. Kejayaan saya adalah berasaskan tips2 drpd beberapa sifu2. Saya pilih sebagai asas pegangan berpandukan pelbagai teknik atau kaedah yang di kongsikan. Beberapa tips dan kaedah ini saya susun khas untuk keselesaaan diri sendiri dalam memilih sykt yang sy inginkan