Memilih Saham Syarikat
Semasa kerja memilih saham syarikat mana yg hendah dipilih... kita perlu tahu dan kenal siapa diri kita sebenarnya. Berapa target kita hendak untung... berapa kita sanggup rugi atau berapa lama kita sanggup menunggu sekiranya satu-satu saham itu jatuh. Dalam hal ini sy sentiasa memilih untuk melabur berasaskan berapa modal yg mampu saya bayar... dengan strategi pelaburan jangka pendek (jika boleh kontra) dengan backup jangka sederhana. Dengan kata lain saya membeli utk untung cepat tetapi sekiranya tidak mencapai matlamat pertama, matlamat kedua adalah dlm masa 6 bulan atau paling cepat. Ini memerlukan perancangan dan kajian yg menyeluruh. Dengan cara ini kerugian dapat diminimumkan.