MITOS RUGI & HARAM 1
Situasi dan senario pemahaman tentang saham sebelum dan semasa sy mengikuti beberapa seminar saham. Ramai yang beranggapan bahawa sesiapa yang 'bermain saham" akan rugi. Hampir semua yang sy temui sebelum dan semasa belajar saham menyatakan "tak usah lah main saham" kau akan rugi. "Aku dah bertahun2 main asyik rugi jer, aku dah stop. buang duit dan masa" itulah simpulan tanggapan dan asakan negatif yg sy dpt. Kedua ialah isu saham adalah "haram kerana ia ada unsur judi" . Kedua2 elemen ini la kut yg menyebabkan org melayu kita kurang terlibat dalam dunia saham. Setelah mengikuti beberapa seminar saham, baru lah saya sedar terlalu besar omokan yg diterima sehingga kita terlalu takut untuk melabur dalam saham. KERUGIAN DAN HARAM. Sedangkan apa yang sy nampak agak minimum isu kerugian dalam pasaran saham jika berilmu untuk memilih syrkt yang tepat. Walaupun harga saham yg kita beli merosot... jika sykt itu teguh dan memberi dividen... mana ruginya kita. simpan saja saham itu sekurang-kurangnya utk mendapat dividen. Isu haram pula- Kenapa Judi- sedangkan setelah sy merasai pengalaman dalam membeli dan menjual saham-- nah saya jumpa/nampak LEMBAGA URUSAN DAN TABUNG HAJI juga melabur dlm saham. Apa dah jadi dgn duit tabungan jemaah haji.. adakah dia haram juga. Tepuk dada tanya selera lah. Inilah mitos yang menyedihkan. Memang ada yg haram kalau kita membeli sykt perjudian dan arak. Kita kan ada pilihan utk membeli saham sykt yang mmg ada disenaraikan sebagai memenuhi syariah.