Saturday, 18 May 2013

Seorang Pelabur Yang Bijak

Seorang Pelabur Yang Bijak 
Setelah mengikuti beberapa kursus dan pembacaan, Pada pendapat saya, seseorang pelabur yang bijak tidak boleh lari atau tidak boleh tidak, wajib mengetahui perkara2 asas dlm pelaburan yang terdiri 3 komponen utama iaitu fundamental analisis, teknikal analisis, membaca news/adaptasi terhadap news. Gabungan ketiga2 aspek ini sedikit sebanyak akan memberi keyakinan yang lebih untuk berjaya. Dengan kata lain, kita tidaklah melabur dgn membuta tuli. Mengikut saranan dan pendapat org semata-mata yang entah betul atau tidak. Sungguhpun begitu ketiga2 indikator itu bukanlah juga penentu semua pelaburan kita akan berjaya kerana pelaburan saham adalah sesuatu yang subjektif/velotil sifatnya. Ketiga aspek ini sangat luas ilmunya. Macam2 pendapat dan pegangan pelabur wujud. Terpulang kepada keselesaan mereka menggunakan kaedah gabungan mereka sendiri untuk merancang pelaburan mereka. Kunci utama yang paling PENTING adalah macam mana mereka membuat KEUNTUNGAN. Tiada satupun kaedah yang paling tepat dan tiada satupun kaedah yang salah. Yang paling penting adalah keuntungan yang mana ianya memberi peratusan keuntungan yang TINGGI dan dalam jangka masa yang CEPAT.